8 Diet Berikut Dapat Kembalikan Zaman Kegemilangan Sendi Anda!


Mesti anda teringat zaman-zaman kegemilangan semasa sendi anda masih lagi kuat dan sihat. Anda boleh amalkan beberapa tips pemakanan di bawah:
1. Minyak Zaitun (Olive Oil) Adalah Yang Terbaik 

( Syhat Olive - 250ml Cuma RM35.00 termasuk kos pos - 0198737879 / 0108448380 )

Cuba lihat di dapur anda. Apakah jenis minyak masak yang anda gunakan? Sekiranya anda masih belum menggunakan minyak zaitun (olive oil), ini adalah masa yang tepat untuk bertukar.
Minyak zaitun kaya dengan asid oleik, omega-9 dan asid lemak yang membantu mengurangkan radang.Gantikan minyak masak sekarang untuk minyak zaitun yang lebih sihat. Gunakan juga minyak zaitun sekiranya anda makan salad. Ia bagus untuk jantung dan otak kita juga.
2. Makan Makanan Dari Sumber Protein Tinggi
Sebenarnya yang terbaik adalah daging merah. Namun begitu, daging merah selalu dikaitkan dengan kadar kolestrol yang tinggi. Lebih tinggi dari garam walaupun sebenarnya ia membantu mengurangkan sakit sendi lutut.
Justeru, anda boleh menggantikannya dengan protein daripada ikan seperti salmon, tuna, kembung dan sebagainya. Jika anda ingin juga makan daging merah, sila makan dengan berhemah dan tidak berlebih-lebihan supaya tak timbul pula masalah lain.
3. Makanan Berserat Tinggi Seperti Kekacang Dan Buah-Buahan
Di antara waktu makan berat seperti antara sarapan pagi dan sarapan tengahari, kita boleh makan kekacang dan buah-buahan. Kekacang seperti walnut, badam, kuaci adalah pilihan-pilihan yang terbaik. Manakala, buah-buahan seperti epal, nanas, strawberri, anggur dan sebagainya juga bagus untuk sendi.
4. Bawang Putih Adalah Jawapannya
Ya. Bawang putih. Walaupun ianya membuatkan nafas sedikit berbau. Namun, bawang putih sangat bagus untuk meredakan bengkak sendi. Kombinasi bawang putih dengan herba adalah sangat bagus dan enak untuk dimakan disamping berfungsi membantu kita yang ingin lutut yang sihat.
Tetapi, jangan pula memberus gigi selepas makan bawang putih tersebut supaya orang tak mengelak dari bercakap dengan anda sepanjang hari!
5. Herba Dan Ulam-Ulaman Bukan Sekadar Makanan Orang Kampung! 
Herba atau ulaman adalah sangat bagus kerana kita selalu makannya dalam keadaan segar. Bila diambil ketika segar bermaksud ia mempunyai jumlah nutrien yang tak terjejas oleh sebarang aktiviti basuhan dan masakan.
Herba dan ulaman seperti daun basil, cili padi, parsley, pegaga, ulam raja dan lain-lain jika dipotong-potong dan dimakan sekali dengan bawang putih yang diracik, kemudian digaul sekali dengan minyak zaitun akan menghasilkan satu ramuan yang hebat untuk sendi.
Ia sungguh menyelerakan dan berada dalam kelasnya tersendiri.
6. Coklat Memang Menggemukkan Tetapi…
Walaupun coklat selalu dikaitkan dengan kegemukan namun ia perlu untuk menjaga kesihatan sendi. Coklat atau sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko adalah pencuci mulut terbaik bagi melengkapkan makanan yang membantu mengurangkan kesakitan.
Pilihlah coklat yang rendah lemak dan mengandungi buahan-buahan serta kekacang untuk mengelakkan rasa bersalah memakannya.
7. Teh Hijau Sentiasa Bagus Untuk Kesihatan
Selain menurunkan risiko terhadap penyakit jantung dan kanser, teh hijau juga berfungsi seperti sayur-sayuran kerana ia bertindak sebagai bahan anti-radang (anti-flammatory) di dalam tubuh kita.
Boleh diminum sama ada panas atau sejuk. Cuma tambahkan sedikit jus lemon untuk memeriahkan rasanya dan mengaktifkan kandungan antioksidan.
Oh ya! Jangan pula kita skip keperluan air anda. Lapan gelas air dalam sehari memang diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
8. Pilihlah Makanan Yang Segar Dan Seimbang Untuk Kesihatan Seisi Keluarga
Akhirnya, kita semua perlu makan makanan yang sihat. Tetapi tidak ramai yang mahu mengakui hakikat ini. Ia hanya dirasakan perlu apabila tubuh sudah mula diserang penyakit.
Makanan yang kaya dengan asid omega dan antioksidan boleh mengurangkan keradangan supaya kita boleh hidup bebas tanpa sakit.
Perlu diingat, apabila kita membuat senarai barang keperluan dapur, ingatkan diri sendiri bahawa makanan segar adalah yang terbaik kerana kandungan nutrien yang tinggi dan tak terjejas. Elakkan makanan segera dan makanan dalam tin bukan sahaja untuk kesihatan sendiri tetapi untuk kesihatan keluarga.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/8-jenis-makanan-untuk-membantu-atasi-sakit-sendi-lutut/

Comments